Ahad, 21 September 2008

luahan hati sy tentang bdk2 clas saya

to all "pengamal Media" dtm5..read tis..
2006!
tahun dimana kita semua mengenali antara satu sama lain. tahun dimana kita cuba merapati antara satu sama lain..tahun dimana kita saling bertukar2 kawan. tahun dimana kita cuba mengalah dengan rakan-rakan yang ego.tahun dimana kita mengenali erti cinta yang tidak semestinya kekal sehingga harini..dan tahun ini juga kita cuba mencari erti persahabatn sebenar.
kita bergelak ketawa bersama. dari semester ke semester kita membesar,berfikiran acuh tak acuh.bayangkanlah kemesraan yang kita kecapi anatara satu sama lain..kita bergembira bersama-sama.kita menangis bersama-sama. masihkah kamu teringat, badge kita antara badge yang dikagumi semangat setia kawanya. kalo kat cafe,kalau boleh kita akan ddk semeja satu kelas.gembira,menangis bersama-sama.pernahkah kamu terfikir itu adalah saat yang paling berharga untuk kita semua?tiada conflict antara kita ketika itu.konflik yang kecil apalah sgt..
sudah hampir 5 semester kita bersama.byk prubahan drastik yang telah berlaku antara kita. dahulu kita menangis dan ketawa bersama-sama. namun begitu, adakah tangisan untuk bersama itu wujud ketika ini?ketika sy sbg penulis blog ini menulis 1 blog yang saya rasakan akan menimbulkan sedikit perselisihan faham antara kita.tiada niat utk mengaibkan mana2 pihak..baca dengan hati terbuka sebagaimana org yang menulis blog ini,berat rasanya untuk meluahkan tetapi ini realiti kita..
kitalah yang pandai,kitalah yang cantik,kita lah betul antara semua,kitalah yang hebat,kitalah yang sempurna,kitalah yang bahagia,kitalah yang tidak akan pernah ada masalah dengan orang sekeliling..kitalah yang sentisa disenangi oleh semua orang.
antara sedar atau tidak...kenapa kita tak pernah terfikir yang kitalah yang pling bodoh,kitalah yang bersalah,kitalah yang paling berlagak,kitalah yang naif,kitalah yang hodoh antara semua,kitalah yang tidak sempurna?kenapa???adakah kerana ini perkara yang memalukan untuk diagungkan utk seketika?kenapa kita malu utk mengatakan kita dalah looser???kita adalah antara org yang tidak pernah disenangi?kita org yang bodoh!
ragam manusia?meletakkan kesalahan sendiri pada bahu org lain. menunding jari antara satu sama lain atas kesilapan masing2.menuduh itu ini untuk menutup kesalahan masing-masing..dan yang pling penting..tidak pernah mengaku kesalahan diri sendiri...
saya menulis blog ini bukanlah utk membuka pekung di dada sendiri.tetapi apa yang ditulis ini adalah kenyataan yang sebena-benarnya berlaku.apa yang terjadi antara kita sebenarnya? apa yang kita mahu dari setiapdari org sekeliling kita?apa yang perlu lakukan untuk mendapat kebahagiaan yang kita lalui bersama selama 5 semester bersama???
apabila saya melangkah kaki ke dalam setiap klas...hati sy tak rasa sy kepunyaan kelas dtm5 lagi.adakah kesilapan yang saya lakukan tidak dapat mengundang kemaafan bg semua pihak? bagaimana pula kesilapan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap diri ini?bagaimana pulak kata-kata yg dilemparkan yg sudah banyak membuat diri ini terguris? hati ini ckup tahu bahawa diri ini juga melakukan kesilapan.kata-kata yang terkeluar dari mulut ini juga agak pedas tanpa menghiraukan prasaan orang. tetapi hati ini tidak pernah mahu bermusuh dengan sesapa.hati ini tidak pernah terlintas untk dimusuhi sesiapa. diri ini sudah ckup penat melebarkan senyuman palsu. diri ini ckup penat menghadap mereka yang hipokrit di depan mata. diri ini ckup penat menahan air mata dari terus mengalir..
kenapa kita jadi begini?
kenapa kita perlu berpuak2???
d answer is easy..
ask our ownselves.....
trully,NAS...
p/s : blog ini adalah luahan peribadi.ampun maaf dipinta kepada kwn2 tersyg.open ur heart n soul.